Pertama sekali terima kasih kerana menjemput aku untuk menulis di blog hang ni yang bertajuk JALAN FOTOGRAFI AKU..betui dak aku translate ni..aku bukan gheti sangat inglih ni..
ME NO SPIK INGLIH...hehe maaf ye..
Ok, sebelum sesuatu permulaan aku suka berundur ke belakang where i need to re-trace,re-program and re-construct berkenaan apa yang aku nak tulis,sebab segala2nya ada titik rujuk dia
Well
WHO U ARE, ARE SHAPED BY YOUR MEMORY AND YOUR MEMORY ARE SHAPED BY WHO U ARE
kita berundur sekejap..berundur ke suatu ruang yang amat gelap sepertimana gelapnya kulit aku ini...kemudian di salah satu dinding ruangan gelap td kita buat satu lubang kecil untuk membenarkan cahaya merambat lurus masuk ke dalam ruangan gelap dan kemudian lihat imejan cantik terhasil di dinding yang berlawanan dengan lubang kecil td,
maka disini wujudla PRINSIP RUANG GELAP atau dalam bahasa latinya CAMERA OBSCURA yang dijumpai Aristotle, kemudian dilengkapi dengan eskperimen yang berterusan oleh saintis Islam iaitu Ibn Haytam dan membentuk satu mekanikal optik yang lengkap dan digunakan sebagai titik rujuk untuk menghasilkan kamera iaitu peranti untuk membentuk dan merakam suatu bayangan pada lembaran filem secara asasnya
makanya sekarang aku dah tahu titik rujuk yang aku cari td lalu aku cuba berekperimentasi dengan sifat cahaya yang merambat lurus untuk suatu projek arsitektur
di atas aku sertakan beberapa gambar yang aku ambil lama dulu hasil dari eksperimentasi yang aku buat
aku pun menangis gak..teruk ni nak produced drawing
blog aku www.myrevuecanal.wordpress.com
.





